| Melaka - Bandaraya Bersejarah |
|
|
Melaka merupakan tempat pelancongan yang paling menjadi tumpuan. Selain terkenal sebagai ‘Bandar Bersejarah’, Melaka turut mempunyai keunikan yang tersendiri yang pastinya akan memikat hati pelancong. Negeri Melaka yang terletak di bahagian Selatan Malaysia merupakan Negeri Pertama yang dijajah di Malaysia. Disebabkan itu Negeri Melaka lebih terkenal dengan nilai – nilai seni sejarahnya yang menarik. Peninggalan sejarah di Melaka adalah tumpuan utama pelancong – pelancong yang datang ke sini. Banggunan bersejarah seperti Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan yang terletak di Bandar Melaka merupakan banggunan bersejarah bagi Malaysia. Di dalam banggunan ini terdapat pameran mengenai Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Barang peninggalan sejarah seperti dokumen, gambar, teks ucapan, keratan akhbar serta barang – barang artifak terdapat di banggunan ini. Selain itu, Banggunan Stadthyus yang terletak di Jalan Laksamana yang dibina pada 1650 merupakan banggunan yang melambangkan seni rekabentuk Belanda. Banggunan ini turut memaparkan pakaian pengantin tradisional dan artifak di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Banggunan bersejarah yang lain seperti Istana Kesultanan Melayu Melaka, Masjid Peringgit dan Tengkera serta Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka turut menjadi tumpuan utama. Melaka turut terkenal dengan peninggalan tapak – tapak sejarah. Kota A Famosa merupakan tempat yang paling terkenal dan menjadi mercu tanda Melaka. Kota ini dibina oleh Portugis semasa penjajahanya pada 1511. Namun, kota ini hanya tinggal bahagian pintu utama sahaja iaitu Porto De Santiago. Sementara itu, Kota St. John adalah pembinaan semula Belanda yang dahulunya digunakan Portugis sebagai gereja. Keunikan kubu ini ialah meriamnya yang menghadap ke tanah besar. Selain itu, Perkuburan Belanda juga amat terkenal. Selain keunikan di kawasan ini, ia juga menempatkan perkuburan British. Tapak sejarah lain yang terdapat di Melaka ialah seperti Makam Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja dan juga Perigi Hang Li Poh serta Perigi Raja. Selain itu, keunikan seni bina tempat ibadat merupakan salah satu daya tarikan di Melaka. Masjid –masjid seperti Masjid Kg. Hulu, Tanah dan Kg. Kling merupakan masjid yang telah dibina sejak zaman penjajahan dahulu. Selain senibina yang dipengaruhi China, masjid ini turut memaparkan rekabentuk Jawa. Gereja dan kuil pula merupakan hasil seni bina zaman dahulu yang unik dan halus. Ia boleh dilihat seperti Gereja Christ dan St.Paul serta Kuil Hang Li Poh dan Sam Po Kong. Warisan Kesultanan Melayu Melaka dan peninggalan sejarah boleh didapati di muzium – muzium di Melaka. Bagi melihat zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lebih mendalam, ia boleh didapati di Istana Kesultanan Melayu Melaka. Manakala bagi peninggalan sejarah terdapat di pelbagai tempat antaranya di Muzium Sejarah dan Ethnografi dan Galeri Laksamana Cheng Ho. Bagi kawasan tanah tinggi, Bukit China yang dahulunya merupakan penempatan rasmi pendatang Cina bersama Puteri Hang Li Poh. Pada waktu sekarang, kawasan itu merupakan kawasan perkuburan Cina yang terbesar di luar Negara China di mana terdapat.sebahagian batu kubur pada Zaman Dinasti Ming. Tempat pelancongan di Melaka yang berdaya tarikan tinggi adalah seperti Zoo Melaka. Selain terdapat 214 spesis haiwan dari Asia Tenggara dan Afrika, ia juga merupakan zoo yang terbaik di negara ini. Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang berdekatan dengan Zoo Melaka menyajikan kepada pelancong keadaan tropika yang sebenar. Untuk melihat budaya – budaya yang terdapat di Asia Tenggara, Taman Mini Asean memilikinya. Sejarah dan budaya dari Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Brunei terdapat di taman ini. Taman Rama – Rama yang terletak di Ayer Keroh mempamerkan 400 jenis spesimen serangga. Bagi menyingkap kehidupan Orang Asli, Muzium Orang Asli yang bersebelahan Taman Buaya memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum Asli. Bagi pelancongan di tepi pantai pula, Pantai Klebang yang terletak berhampiran Tanjung Keling dan Batu Berendam merupakan Pantai yang memperlihatkan keindahan Selat Melaka. Selain itu, pantai yang cukup terkenal ialah Pantai Tanjung Bidara. Keadaan persekitaran yang segar dengan landai dan pasir yang memutih amat meneneramkan. Kesinambungan pantai ini, terdapat Pantai Pengkalan Balak. Pantai ini diliputi keindahan pemandangan kampung – kampung nelayan disamping keunikan rekabentuk chalet yang menarik. Manakala Pulau Besar Melaka yang dikenali sebagai pulau keramat merupakan tempat yang menankjubkan dan menarik. Pulau ini terletak 3 batu nautika dari Bandar Hilir. Pelbagai aktiviti yang menarik yang diadakan di pulau ini seperti kembara hutan dan memancing. Pulau ini dikatakan mempunyai pelbagai mitos dan lagenda yang menjadi daya tarikan pelancong. Selain Makam Sultanul Aarifeen yang menjadi tumpuan di atas kekeramatannya, tempat – tempat lain seperti Perigi di Kaki Pulau, Batu Tengkorak, Tasik Biawak, Gua Yunus, Batu Lesung, Pokok Disula, Batu Belah, Perkampungan Bunian dan banyak lagi yang menjadi tempat menarik di Pulau Besar ini. |
| < Prev | Next > |
|---|

