Kelantan E-mail
Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang bersepadanan dengan Siam. Selain keunikkan pertuturan yang berlainan, negeri ini turut mempunyai nilainya yang tersendiri. Bagi merasai kehidupan harian di Kelantan, Pasar Besar Siti Khadijah yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu ada menyediakannya. Kebanyakkan peniaga – peniaga di pasar ini adalah terdiri daripada kaum wanita. Pasar yang mempunyai 4 tingkat dan berbentuk 8 segi ini menyediakan pelbagai jenis barangan basah mahupun kering. Makanan yang disedakan juga merupakan makanan yang tersohor di Negeri Kelantan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Selain itu, untuk mendapatkan hasil kraftangan, cenderahati dan kenangan di Kelantan Bazar Buluh Kubu yang bersebelahan dengan pasar ini ada menyediakan.

    Pantai Cahaya Bulan merupakan tempat yang terkenal di Kelantan. Pantai ini turut mempunyai nilai sejarah di mana ia merupaka tempat mendarat tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Dahulu, pantai ini dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi yang dikatakan diberi nama oleh seorang askar British. Pemandangan pantai ini begitu menarik kerana terdapat deretan Pokok Ru dan Pokok Kelapa di sepanjang pantai. Dalam perjalanan ke pantai ini, pengunjung akan melalui Pekan Melayu Tradisional dimana terdapat hasil seni seperti Batik, Songket dan banyak lagi. Hasil – hasil tangkapan laut yang segar boleh didapati di Pantai Tok Bali. Hasil tangkapan oleh nelayan tempatan akan dijual di kawasan ini dengan harga yang berpatutan.

    Manakala, bagi kawasan tanah tinggi pula, Gunung Chamah merupakan kawasan yang sesuai bagi mereka yang gemar menjelajah hutan. Gunung yang penuh dengan nilai perubatan ini mempunyai ketinggian 2,171m. Perjalanan ke gunung ini mengambil masa yang lama dengan perhubungan terdekat adalah dalam 40 – 50 Km. Biasanya, perahu digunakan untuk ke gunung ini dan mengambil masa selama 3 jam dan melalui Tasik Temenggur. Tasik ini merupakan tasik buatan yang dibentuk pada 1970-an. Lata Rek pula adalah kawasan air terjun yang popular di Kelantan. Di kawasan ini biasanya akan diadakan aktiviti perkelahan dan perkhemahan.

    Tidak jauh dari Kota Bahru terdapat beberapa rumah ibadat yang mempunyai rekabentuk kesenian. Tokong Wat Tikumtum mempunyai satu patung yang tingginya 16m. Kebiasaanya kawasan ini dimeriahkan dengan Perayaan Kertip dan Perayaan Songkhlam setiap tahun. Selain itu, di Tokong Wat Pothrihan memiliki patung sepanjang 40m dan merupakan antara yang terbesar di dunia. Ia mengambil masa selama 6 tahun untuk menyiapkannya. Bagi nilai kebudayaan yang terdapat di Kelantan boleh dilihat di Gelanggang Seni. Pesembahan yang boleh ditonton adalah seperti Dikir Barat, Rebana Ubi dan Wau Bulan.   
 
< Prev   Next >

Login Form

Login
No account yet? Register

Undian Anda

Negeri manakah yang digemari anda untuk bercuti?
 
Copyright 1998 - 2008 Holiday Malaysia| CutiCuti Malaysia packages. All Rights Reserved
Holiday Malaysia | Cuti Cuti Malaysia | Cameron Highlands Hotels | Bangsar Community Portal | Sri Hartamas Online