| Johor |
|
|
Di Johor, Kota Tinggi dikenali sebagai bandar bersejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan disini. Di Kampung Makam, terdapat Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang dikatakan merupakan waris Kesultanan Melayu Melaka terakhir. Di kawasan ini juga terdapat Air Terjun kota Tinggi yang merupakan kawasan yang popular di Negeri ini. Air terjun ini mempunyai ketinggian 36m. terdapat juga beberapa pantai yang berdekatan seperti Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Manakala Desaru merupakan tempat yang sangat popular dan terletak tidak jauh dari Bandar Kota Tinggi. Selain mempunyai Resort yang menarik, ia turut memiliki pantai yang jernih dan sangat menawan. Gunung Ledang pula merupakan kawasan yang tertinggi di Selatan Malaysia. Di kawasan puncak gunung ini boleh dilihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia diwaktu cerah. Selain itu, gunung ini turut dikaitkan dengan legenda Puteri Gunung Ledang. Selain itu, Gunung Pulai juga merupakan kawasan yang selalu menjadi tumpuan masyarakat tempatan. Terletak berdekatan dengan Negeri Pahang terdapat Taman Negara Endau – Rompin. Kawasan yang seluas 500 km persegi ini berusia sekitar 250 juta tahun. Kawasan ini turut terdapat hidupan liar seperti Harimau, Gajah, Babi Hutan dan Badak Sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis serangga dan burung yang sukar dilihat di tempat lain. Di kawasan ini juga terdapat kawasan Air Terjun dan denai kecil yang banyak. Air Terjun Buaya Sangkut yang mempunyai ketinggian 120 m merupakan kawsan air terjun yang paling cantik. Terdapat 5 tingkat pada air terjun ini. Manakala Taman Negara Tanjung Piai yang merupakan tanah paling selatan di Benua Asia menyimpan pelbagai khazanah alam semula jadi yang berharga. Tempat yang dikatakan mesti dilawat di Johor ialah Teluk Danga atau lebih dikenali sebagai Danga Bay. Kawasan ini memberikan pemandangan laut yang menarik dihiasi oleh pembanggunan terancang. Kawasan ini pada waktu dulu dikenali sebagai Pantai Lido. Tetapi sekarang, kawasan seluas 540 hektar ini menajdi mercu tanda bagi Negeri Johor. Kawasan ini meliputi taman rekreasi awam, kompleks beli belah, serta penempatan eksklusif yang cantik. Terdapat juga kemudahan sukan ekstrem serta gerai makanan tempatan yang tersegam indah. Pengunjung juga boleh menikmati persiaran di laut dengan menaiki kapal yang disediakan. Walaubagaimanapun, Dataran Kebudayaan di sini merupakan tempat utama untuk menjalankan aktiviti sekali gus menjadikan ia tempat tumpuan ramai. Danga Bay masih terus dimajukan dengan perancangan yang teratur sehingga 2015. |
| < Prev | Next > |
|---|

