| Kuala Lumpur |
|
|
Ibu Negara Malaysia merupakan bandaraya yang cukup membangun. Pembanggunan yang pesat dan teknologi yang tinggi menjadikan Kuala Lumpur adalah tempat utama pelancong di Negara ini. Kuala Lumpur juga amat terkenal dan popular di serata dunia. Pasar Seni adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Di sini merupakan pusat kebudayaan, kesenian dan hasil – hasil kraftangan. Kawasan ini turut menawarkan batik tulis atau batik terap yang memiliki seni yang berbeza. Turut terdapat pelukis – pelukis potret dan pertukang tangan yang menghasilkan karya mereka dengan menggunakan tangan. Berhampiran dengan kawasan ini terdapat Masjid Negara dimana ianya mampu menampung sehingga 15 000 jemaah. Rekabentuk masjid ini ialah rekabentuk moden tetapi masih mengekalkan ciri – ciri keIslaman. Terdapat juga rekabentuk Sarasin dimana mempunyai dom – dom kecil di bahagian atasnya. Menara yang terdapat di masjid ini melambangkan ‘payung tertutup’ manakala bahagian bumbungnya melambangkan ‘payung terbuka’. Konsep ini melambangkan payung Diraja. Di dalam menara ini terdapat lif yang mempunyai tingkap kaca bagi melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Hanya beberapa meter dari Pasar Seni terdapat Jalan Petaling yang merupakan Bandar Cina. Ia dilengkapi atap kanopi dan berbentuk naga. Disini terdapat pelbagai peralatan tradisi bagi Kaum Cina seperti peralatan ibadat dan makanan tradisi. Tidak jauh dari kawasan – kawasan itu terdapat Dataran Merdeka yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai Padang Kelab Selangor bagi permainan kriket. Dataran ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dimana tepat pada 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada tiang yang setinggi 95 m itu. Semenjak itu, setiap kali ulang tahun Kemerdekaan Malaysia, perarakan akan diadakan di dataran ini. Dataran ini turut mempunyai kawasan bawah tanah yang luas. Berhadapan dengan dataran ini terdapat Banggunan Sultan Abdul Samad. Banggunan ini dicipta oleh arkitek berbangsa British dan mempunyai ciri rekabentuk Moor yang menarik. Terdapat menara jam setinggi 40 m di banggunan ini selain memiliki 3 buah kubah. Berhampiran dengan banggunan ini mempunyai sebuah tempat yang digelar Masjid Jamek. Kawasan ini hampir serupa dengan Jalan Petaling teapi perbezaanya kawasan ini lebih luas dan dimonopoli oleh India Muslim. Di sekitar kawasan ini turut terdapat kedai – kedai yang menjual hasil kesenian tangan seperti kain batik dan kraftangan. Kawasan ini merupakan Pusat membeli belah utama di Kuala Lumpur. Istana Negara merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Istana ini mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan didalamnya terdapat 20 buah bilik yang besar dengan dapur yang boleh memuatkan sehingga 100 orang. ia turut memiliki 4 balai tetamu, balai mengadap, 2 balai kemasukan dan dewan santapan. Balairong Seri merupakan singgahsana bagi Yang di-Pertuan Agong dan ianya merupakan tempat yang berasaskan kebesaran Diraja. Di pintu masuk terdapat pengawal berkuda yang menjadi tarikan dan kawasan ini dikawal rapi oleh batalion pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Selain itu, bagi aktiviti bersiar – siar, Taman Tasik Titiwangsa ada menyediakannya. Kawasan ini terdapat pelbagai aktiviti riadah seperti berkayak, menunggang kuda dan pelbagai lagi. Di Taman Tasik Perdana pula terdapat Carcosa Seri Negara. Pada waktu dahulu ia merupakan tempat kediaman rasmi Pesuruhjaya British. Namun sekarang tempat ini dijadikan tempat kediaman yang eksklusif dan penyewaannya sehari mencecah RM 3, 500. Banggunan Parlimen pula merupakan tempat utama bagi ahli – ahli parlimen membincangkan mengenai hal Negara. Rekabentuk banggunan ini sangat menarik dan ianya mempunyai 18 tingkat. Berhampiran banggunan ini terdapat Tugu Negara yang menjadi tanda penghormatan dan peringatan kepada pejuang – pejuang tanah air pada sewaktu dahulu. Tugu yang dibina pada tahun 1966 ini diperbuat daripada gangsa. Di sebelah timur Kuala Lumpur terdapat Zoo Negara. Kawasan seluas 110 ekar ini mempunyai 4000 jenis haiwan dan merupakan antara yang terbanyak di Malaysia. Stadium Merdeka pula merupakan stadium yang memiliki sejarah yang bernilai dimana ianya digunakan untuk Pengisytiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada waktu sekarang suasana stadium ini dikembalikan bagi memperingati waktu pengisytiharaan kemerdekaan pada 1957. Muzium Negara pula memiliki rekabentuk yang unik dan tradisional. Terdapat hiasan mozek yang besar dihadapan banggunan ini dan muzium ini mempamerkan kebudayaan masyarakat di Malaysia. Di Istana Budaya pula mempersembahkan nilai – nilai kebudayaan pebagai kaum di Negara ini. Terdapat pelbagai persembahan yang hebat dan menarik akan dipamerkan oleh pelatih – pelatih yang berpengalaman. Di hujung Kuala Lumpur terdapat sebuah gua batu kapur yang besar yang digelar Batu Caves. Gua ini digunakan oleh penganut Agama Hindu untuk melakukan upacara ibadat. Untuk mendaki gua ini, ia memerlukan menaiki sebanyak 273 anak tangga yang curam dan ianya setinggi 100 m ke atas. Pada Perayaan Thaipusam, kawasan ini akan dipenuhi oleh penganut – penganut Agama Hindu dan juga pelancong sehingga mencecah 800, 000 orang. Menara Kuala Lumpur adalah diantara menara yang tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian 515 m dari aras laut. Menara yang telah dirasmikan pada 1996 ini terletak di kemuncak Bukit Nanas yang setinggi 94 m. Menara ini turut berfungsi sebagai menara tekomunikasi selain di bawahnya terdapat kedai cenderamata, pawagam dan restoran. Keistimewaan menara ini ialah bentuknya yang tirus dan meninggi serta dipengaruhi ciri rekabentuk Islam, Jerman dan juga Perancis. Terdapat juga kawasan - kawasan rekreasi yang menarik minat pelancong untuk hadir. Baggunan yang tidak asing lagi di mata dunia ialah Menara Berkembar Kuala Lumpur. Ia merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai ketinggian 452 m yang merupakan menara kaca dan keluli tahan karat. Tapak menara ini dibina sedalam 117 m dan sejumlah 7,000 m padu simen konkrit dituang selama 2 minggu. Menara ini mempunyai ciri keselamatan yan tinggi dimana ia boleh condong sehingga 1.5 m mengikut tiupan angin kencang dan kemudian akan tegak semula. Suria KLCC merupakan pusat beli belah yang paling menjadi tumpuan pelancong dan terletak di bawah menara ini. Terdapat kolam air pancut yang indah dihadapan banggunan ini dan mempunyai tempat yang menarik untuk bersiar. Di antara dua menara ini terdapat Jambatan Angkasa yang setinggi 170 m. dari sini pemandangan seluruh Kuala Lumpur akan dapat dilihat. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang berhampiran menara ini merupakan pusat pameran dan konvensyen. Kawasan ini akan menjadi tumpuan ramai ketika berlakunya pameran atau konvensyen tertentu. Bukit Bintang merupakan kawasan tumpuan pelancong dimana ianya merupakan kawasan beli – belah dan hiburan yang terkenal di Malaysia. Di kawasan ini terdapat banyak pusat membeli belah, kelab, café dan sebaginya. Antara pusat – pusat membeli belah adalah seperti Plaza Low Yat yang dikenali sebagai syurga teknologi ini menjual peralatan seperti telefon, komputer dan sebagainya. Selain itu, Plaza Sungei Wang menyediakan kepadatan membeli belah sesuai dengan zaman sekarang. Pusat membeli belah yang tidak asing lagi adalah Times Square. Selain merupakan pusat membeli belah yang terbesar, ia juga dilengkapi dengan pelbagai hiburan termasuk memiliki taman tema dalaman yang terbesar di Asia. Ia memiliki 1,000 kedai khusus dan 1,200 bilik servis mewah. Terdapat juga dua buah hotel yang bertaraf 5 bintang di banggunan ini. Antara pusat membeli belah yang turut terdapat di sini ialah seperti Lot 10, Plaza Bukit Bintang dan banyak lagi. Hiburan – hiburan yang disediakan di sini boleh didapati di Nouva, Espanda, Hard Rock Café dan sebagainya yang akan memberikan kepuasan kepada pengunjung. Kawasan ini turut dilengakapi dengan hotel hotel mewah seperti JW Marriot, Ritz-Carlton, Royale Bintang, dan Federal Hotel. Selain itu, Bintang Walk merupakan laluan sepanjang pusat membeli belah di Jalan Bukit Bintang. Kebanyakan acara – acara malam akan diadakan di sini. |
| Next > |
|---|

