Kedah E-mail
Pulau Langkawi merupakan tempat pelancongan yang paling terkenal di Malaysia. Selain merupakan pulau yang terbesar, pulau ini turut mempunyai status sebagai kawasan bebas cukai. Pulau ini terletak betul – betul berhampiran mulut Selat Melaka. Pulau ini memiliki gugusan pulau – pulau kecil yang lain sebanyak 104 seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Tuba, Pulau Singa Besar dan Pulau Timun. Tempat tertinggi pulau ini terletak pada puncak Gunung Raya yang memiliki ketinggian 890m di atas aras laut. Pulau ini turut memiliki pelbagai mitos dan lagenda. Antaranya yang terkenal ialah mengenai Sumpah Mahsuri 7 keturunan. Selain itu juga, tempat menarik yang terdapat di pulau ini ialah Telaga Tujuh yang merupakan 7 kawasan tadahan air dimana 7 telaga semula jadi yang airnya mengalir dari 7 mata air. Terdapat yang menyatakan air ini boleh mengubati penyakit.

    Selain itu, Pulau yang turut menjadi daya tarikan pelancong ialah Pulau Payar. Pemandangan pulau yang cantik dan asli ini dikenali sebagai Taman Laut terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Di pinggir pantai pulau ini terdapat bongkah batu seperti disusun rapi. Selain pasirnya yang putih dan bersih, air di kawsan pulau ini sanggat jernih sehinggakan boleh melihat ikan didalamnya. Pantai Merdeka turut tidak ketinggalan dalam menjadi daya tarikan. Pantai ini biasanya dijadikan tempat percutian atau perkelahan orang ramai. Berhampiran dengan pantai ini terdapat kawasan perkampungan nelayan yang biasanya menjadi tarikan pelancong pada hujung minggu.

    Diberi nama Gunung Perak tetapi terletak di Kedah. Gunung ini mempunyai ketinggian 865 m. Di sini juga mempunyai kawasan Hutan Dipterokarp Pamah dan Hutan Dipterokarp Bukit. Selain itu, gunung yang menjadi lambang kepada negeri Kedah ialah Gunung Jerai. puncak gunung ini merupakan kawasan tertinggi di Kedah iaitu setinggi 1,217m. Aktiviti yang menarik terdapat di gunung ini ialah seperti merentasi hutan yang tebal. Terdapat juga tasik yang menjadi medan pelancongan di Kedah iaitu Tasik Pedu. Tasik yang terletak di daerah Padang Terap ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk dirasai antaranya ialah memancing, jet ski dan menaiki bot. di tasik ini juga mempunyai kawasan hutan tropika yang penuh dengan alam flora dan fauna.

    Tempat – tempat pelancongan yang lain yang terdapat di Negeri Kedah adalah seperti Air Terjun Telaga Tujuh dan  Air Terjun Lembah Bujang. Terdapat juga kawasan yang boleh dilawati seperti Muzuim Negeri Kedah, Balai Nobat Negeri Kedah dan turut terdapat Wayang Kulit Seri Asun.
 
< Prev   Next >

Login Form

Login
No account yet? Register

Undian Anda

Negeri manakah yang digemari anda untuk bercuti?
 
Copyright 1998 - 2008 Holiday Malaysia| CutiCuti Malaysia packages. All Rights Reserved
Holiday Malaysia | Cuti Cuti Malaysia | Cameron Highlands Hotels | Bangsar Community Portal | Sri Hartamas Online