Negeri Sembilan E-mail
Port Dickson merupakan tempat pelancongan yang popular di Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan pelabuhan tetapi turut terdapat pantai – pantai yang indah seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. Kawasan ini terletak berhampiran dengan Kota Lukut yang merupakan kubu pertahanan Sungai Ujung pada zaman dahulu. Pantai di Port Dickson merupakan pantai yang panjag dan mempunyai pasir yang putih. Perkelahan di kawasan ini amat menarik dengan suasana angin yang sepoi –sepoi. Terdapat beberapa resort dan hotel bagi pelancong – pelancong menginap dengan harga yang berpatutan.

    Gunung Telapak Buruk yang terletak berhampiran Kg. Ulu Klawang mempunyai ketinggian 1,193m. Gunung ini mempunyai nilai hutan yang tinggi disamping boleh dibuat ubat. Selain itu, terdapat juga kawasan – kawsan tinggi yang menarik seperti Bukit Palong, Bukit Galla, Gunung Angsi dan Gunung Rembau. Rekabentuk Minangkabau merupakan lambang rekabentuk Negeri Sembilan. Ianya dihasilkan tanpa menggunakan sebarang paku dan mengamalkan konsep tanggam. Ia dapat dilihat pada Istana Seri Menanti yang asalnya merupakan tempat kediaman rasmi Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sekarang tempat ini menjadi Muzium bagi memaparkan peninggalan sejarah. Selain itu, bagi menikmati air panas semula jadi, Kolam Air Panas Pedas terdapat di negeri ini. Manakala bagi melakukan aktiviti perkhemahan di hutan, Ulu Bendul adalah tempat yang sesuai. Kawasan ini tidak asing lagi bagi masyarakat tempatan walupun berada di pedalaman. Di kawasan Seremban pula, Taman Tasik Seremban adalah kawasan yang sesuai untuk aktiviti berjogging dan bersenam. Ia juga merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan di hari minggu.

    Wilayah Pesekutuan Labuan merupakan tempat yang berada di Pulau Borneo iaitu bersama – sama Sarawak dan Sabah. Labuan amat terkenal sekali dengan keindahan pulau – pulaunya. Di Pulau Papan terdapat Rumah Api yang dibina pada zaman pemerintahan British dahulu. Selain itu, terdapat beberpa pulau – pulau kecil lain yang menawan seperti Pulau Burung, Pulau Daat, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar. Pulau – pulau ini bukan sahaja memiliki air pantai yang jernih, malah mempunyai pasir – pasir yang halus dan putih.

    Manakala di Taman Burung Labuan pula yang berada berhampiran Chimney paa Tanjung Kubung mempamerkan sehingga 580 spesis Burung Borneo. Di taman ini terdapat 3 sangkar burung yang besar dan berbumbung bulat serta dihiasi oleh tumbuhan yang menarik. Sesuatu yang unik di taman ini ialah untuk melawat taman ini adalah percuma sahaja.
 
< Prev   Next >

Login Form

Login
No account yet? Register

Undian Anda

Negeri manakah yang digemari anda untuk bercuti?
 
Copyright 1998 - 2008 Holiday Malaysia| CutiCuti Malaysia packages. All Rights Reserved
Holiday Malaysia | Cuti Cuti Malaysia | Cameron Highlands Hotels | Bangsar Community Portal | Sri Hartamas Online